wordads, website, domain, konten, seo, artikel, facebook, instagram, seo, wordpress, plugin, seo, kkwp, wordpress, hosting, woocommerce, theme,

WordAds: Ini cara terbaru selitkan iklan di laman web WordPress dan raih pendapatan

Kongsi | Share

Mulai minggu ini, WordAds, iaitu program pengiklanan oleh syarikat pengasas WordPress, Automattic mengumumkan iklan yang dikendalikan mereka kini dapat dimasukkan di mana-mana laman WordPress menggunakan blok editor Gutenberg untuk menghasilkan pendapatan maksimum kepada pemilik laman web di seluruh dunia.

Menariknya, program iklan yang dikatakan bakal menjadi saingan kepada Google AdSense pada masa depan, dapat diselitkan secara mudah di mana-mana bahagian konten WordPress menggunakan editor Gutenberg.

Ia menjadi satu pilihan baru di Gutenberg yang patut dimanfaatkan oleh semua pemilik laman web, kedai online dan blog yang dibina menggunakan platform WordPress.

wordads, website, domain, konten, seo, artikel, facebook, instagram, seo, wordpress, plugin, seo, kkwp, wordpress, hosting, woocommerce, theme,
Imej: wordads.co

WordAds: Mudah dengan Gutenberg

Bahagian yang dikenali sebagai WordAds Blocks itu  membolehkan mana-mana pemilik laman web, kedai online dan blog menggunakan platform WordPress memperolehi pendapatan daripada iklan yang dipaparkan.

Pemilik laman web dapat menentukan di mana dan berapa kerap iklan terbabit mahu dipaparkan – semuanya hanya dengan beberapa klik mudah di Gutenberg tanpa perlu memahami kod teknikal yang memeningkan.

Malah, penempatan iklan menggunakan blok Gutenberg ini akan menjadikan setiap iklan berkenaan lebih mesra pengguna serta lebih semulajadi.

kkwp, ini.my, tulis, artikel, konten

Berjuta-juta laman web dan pembeli iklan

Satu lagi yang menarik ialah setakat ini WordAds telah dihubungkan dengan pelbagai pengiklan besar dunia yang bersedia mengisi iklan mereka, sekali gus menghasilkan pendapatan kepada mana-mana pemilik laman web WordPress selaku penerbit konten.

Malah menurut Wordads.co, syarikat pembekal iklan utama Internet akan membida satu sama lain untuk meletakkan iklan masing-masing di laman web WordPress, sekali gus dapat memaksimumkan pendapatan pemilik laman web.

Ia tentu satu peluang yang sangat baik bagi semua pemilik laman web WordPress.

Ini kerana menurut laman Wordads.co, lebih 50 pengiklan utama dunia, termasuk Google AdSense & Adx, AppNexus, Amazon A9, AOL Marketplace, Yahoo, Criteo serta banyak lagi akan membida tawaran untuk memaparkan iklan klien mereka menerusi WordAds.

Baca juga:  Plugin WordPress ini dapat mencantikkan laman web, kedai online dan blog anda

“Dengan sebegitu banyak pengiklan bersaing untuk memaparkan iklan mereka di laman web anda, kami pasti laman web anda akan mendapat iklan yang menghasilkan pendapatan tinggi.

“Dan, disebabkan kami yang melakukan semua rundingan (pengiklanan), apa yang anda (pemilik laman web WordPress) perlu lakukan hanyalah menyiarkan (iklan-iklan berkenaan di laman web anda) dan memperolehi bayaran daripadanya,” catat laman Wordads.co.

Kepercayaan pengiklan

Syarikat itu berkata, mereka mendapat kepercayaan pengiklan besar dunia kerana kewujudan puluhan juta laman web yang dibangunkan menggunakan platform WordPress sehingga ini.

Apa yang pemilik laman web perlu usahakan ialah menarik trafik sebanyak mungkin untuk menghasilkan pendapatan maksimum dari program iklan WordAds ini.

Sebagaimana Google AdSense, tentulah ada sedikit syarat ditetapkan. Untuk memahami ini, anda boleh baca lanjut di sini dan di sini.

Dan, anda boleh menyertai program pengiklanan ini untuk mana-mana laman web, kedai online dan blog anda dengan mendaftar di sini. – kkwp-my

 

kkwp, ini.my, tulis, artikel, konten
Kongsi | Share
Nur Din
Nur Din

Usahawan Internet dan penulis sepenuh masa. Lagi info di INI.my dan di sini . Ikuti beliau di Facebook.com

Articles: 21

Langgan artikel & direktori percuma

WordPress, ecommerce serta berkaitan.