kkwp, wordpress, plugin, theme

Plugin WordPress ini dapat mencantikkan laman web, kedai online dan blog anda

Kongsi | Share

Namanya Shortcodes Ultimate. Plugin percuma WordPress ini dapat mencantikkan lagi laman web, kedai online dan blog anda.

Ini diakui Rohaizad Bin Jumat dalam satu pengkongsian di KKWP.

Rohaizad ialah seorang daripada freelance dan developer WordPress tempatan yang aktif di KKWP.

kkwp, wordpress, rohaizad
Rohaizad Bin Jumat

Menurutnya, ia satu daripada plugin “shortcodes” yang beliau selalu guna dan wajib pasang pada web pelanggan.

“Ada few shortcodes yang saya suka guna. The conclusion is, kadang-kadang kita tak perlu beli FULL pakej untuk plugin.

“Guna yang FREE pun dah sangat membantu…” kongsi beliau.

kkwp, ini.my, tulis, artikel, konten

Dalam responsnya kepada perkongsian berkenaan, Liew CheonFong memberitahu, satu kelebihan plugin ini ialah ia tidak “deactivated” jika bertukar menggunakan theme lain.

Saddiq Sigaraga turut mengakui plugin Shortcodes Ultimate sangat membantu untuk cantikkan pos atau laman tanpa perlu guna sebarang builder lain.

Plugin ini dapat dimuat turun percuma di sini.

Perkongsian berkenaan dapat dibaca di sini. – kkwp.my

kkwp, ini.my, tulis, artikel, konten
Baca juga:  Ini antara beberapa theme paling "smart" dan mudah untuk kedai online WooCommerce
Kongsi | Share
Nur Din
Nur Din

Usahawan Internet dan penulis sepenuh masa. Lagi info di INI.my dan di sini . Ikuti beliau di Facebook.com

Articles: 21

Langgan artikel & direktori percuma

WordPress, ecommerce serta berkaitan.