Pencuri ada di mana-mana. Di Internet juga ramai pencuri. Malah, paling bijak dan licik cara mereka mencuri di Internet.
Antaranya mencuri foto dan pelbagai hasilan digital milik orang lain.
Foto anda di laman web, kedai online atau blog juga tidak terkecuali daripada dicuri.
Bagaimana membendungnya? Bagi kes laman web WordPress, adakah wujud plugin khas untuk mengatasi ini?
Menurut perkongsian terbaru di KKWP, hampir tiada cara untuk membendung atau melindungi foto laman web, kedai online atau blog anda daripada dicuri, kecuali satu pilihan sahaja.
Dalam responsnya kepada pertanyaan Ahmad Safir A Gani mengenai plugin yang patut digunakan bagi mengelak foto dicuri, Izzuddin Fauzi menegaskan:

“Takde cara… Kecuali watermarking dan resize sekecil mungkin…”
Rata-rata berpendapat, penggunaan cara lain untuk menghalang foto laman web dicuri didapati tidak berkesan.
Menurut Megat Muzzamir, cara yang biasa digunakan kebanyakan blogger sebelum ini ialah dengan mematikan fungsi klik kanan (disable right click).
Bagaimanapun komen Izzuddin Fauzi, ada cara-cara lain untuk mengatasi halangan mencuri foto disebabkan fungsi klik kanan dimatikan.
Malah seperti komen Tun Dolralim Al Sembangi, “Cannot right click..we screenshot”.
Pijan Drahman turut menegaskan memang tidak ada cara-cara lain, malah hampir mustahil untuk selamat daripada perbuatan orang lain mencuri imej atau foto di laman web.
Justeru, Ahmad Saiful Bahri berpendapat:
“Watermark is the best option… dia curi tapi anda dapat brand / marketing percuma.
“Tapi pastikan watermark dengan saiz dan placement yang sesuai, dan juga yang susah untuk dia remove”.
Bagaimamanpun, menurut Ahmad Safir, kini ada perisian atau aplikasi yang dapat digunakan untuk membuang watermark.
Jadi, komen beliau, apa yang sedang difikirkannya sekarang ialah untuk menyusahkan pencuri foto, termasuk dengan cara mematikan fungsi klik kanan.
Maklumat lanjut mengenai perkongsian ini dapat dibaca di sini.
Imej: variety.com