seo, wordpress, plugin, seo, kkwp, wordpress, hosting, woocommerce, theme

Pemilik laman web, blogger yang belum mahir dengan SEO patut baca ini…

Konten yang bagus semata-mata tidak bermanfaat jika tiada pembaca atau pelawat mengunjungi sebuah laman web atau blog berkenaan.
Kongsi | Share

Antara saranan popular yang sering diuar-uarkan untuk berjaya berada di muka utama enjin carian (search engine) menggunakan teknik Optimasi Enjin Carian (Search Engine Optimization – SEO) ialah konten sesebuah laman web atau blog mesti berkualiti.

Ini biasanya diletakkan sebagai antara prasyarat utama oleh mereka yang mahir dalam bidang SEO.

Bagaimanapun, dalam satu perkongsian terbaru di KKWPAzrin Amin berpendapat, konten yang bagus semata-mata tidak bermanfaat jika tiada pembaca atau pelawat mengunjungi sebuah laman web atau blog berkenaan.

azrin, seo, wordpress, plugin, seo, kkwp, wordpress, hosting, woocommerce, theme
Azrin Amin

“Ada content bagus pun tak guna kalau tak ada audience,” komen beliau.

Azrin respons kepada pertanyaan Azreen TP mengenai cara untuk laman web mudah ditemui di enjin carian serta disenaraikan di muka utama Google.

Tanpa bermaksud menafikan kepentingan konten yang berkualiti, Azrin berpendapat, perlu ada 20 peratus konten dan 80 peratus kerja pemasaran kerana “buat posting target keyword untuk SEO pun tak guna kalau tak ada orang baca”.

kkwp, ini.my, tulis, artikel, konten

Sehubungan itu, menurutnya, ada dua cara untuk melaksanakan kerja pemasaran laman web.

Pertama ialah cara cepat, iaitu berbayar seperti iklan Facebook, Google, Twitter dan sebagainya.

Kedua ialah kaedah lambat tetapi percuma, iaitu dengan berkongsi pos atau artikel laman web atau blog di mana-mana grup Facebook, WhatsApp atau mana-mana media sosial lain.

Menjawab pertanyaan Nur Din mengenai cara terbaik berkongsi di grup media sosial yang dikendalikan orang lain, Azrin mencadangkan supaya menggunakan kaedah timbalbalas (reciprocity), iaitu menerusi persepakatan saling berkongsi pos atau artikel dengan rakan-rakan di grup masing-masing.

Satu lagi cara yang dapat digunakan, cadang Azrin ialah menerusi pautan affiliate yang diwujudkan di laman web atau blog, terutama untuk produk, dengan membayar komisyen kepada mereka yang mempromosikan pautan berkenaan.

Baca juga:  Facebook bermasalah: Peniaga online patut baca nasihat ini atau hilang pendapatan sekelip mata

Sementara itu, Al-Hadee Mohd Roslan menyenaraikan empat perkara utama untuk mencapai matlamat mudah ditemui dan mendapat kedudukan tinggi di enjin carian.

Empat berkenaan ialah melakukan penyelidikan katakunci (keyword research), menghasilkan artikel berauthoriti dengan katakunci yang dipilih daripada penyelidikan katakunci, membuat optimasi onpage (onpage optimization) dan optimasi offpage (offpage optimization).

Perbincangan ini dapat diikuti di sini. – kkwp.my

Imej: scholastic.com

kkwp, ini.my, tulis, artikel, konten
Kongsi | Share
Nur Din
Nur Din

Usahawan Internet dan penulis sepenuh masa. Lagi info di INI.my dan di sini . Ikuti beliau di Facebook.com

Articles: 21

Langgan artikel & direktori percuma

WordPress, ecommerce serta berkaitan.