Integrasikan kad kredit dengan WooCommerce: Mana lebih mudah, Billplz atau SenangPay?
Jawapannya pelbagai. Ia bergantung pada tahap penggunaan dan beberapa faktor lain.
Menjawab kemusykilan Muhammad Ariff Hakimim di KKWP, kebanyakan ahli yang respons pada pos berkenaan memilih SenangPay sebagai lebih mudah berbanding Billplz.
Bagaimanapun, tentu wujud pro dan kontra dari beberapa segi.
Bagi Nurul Aini Abdul Rahim, SenangPay ada kelebihan tersendiri, termasuk yuran tahunan lebih murah berbanding Billplz.

Berkenaan cadangan lain supaya menggunakan PayPal, beliau menjelaskan yuran per transaksi yang dikenakan PayPal lebih mahal walaupun ia tiada yuran tahunan.
Kelebihan PayPal, menurut Nurul Aini, ialah wang bagi mana-mana transaksi dapat terus diperolehi.
“Tak perlu tunggu settlement period,” catat beliau.
Semua maklumat dan pendapat berkenaan hanya mungkin terpakai ketika post KKWP itu dihantar.
Justeru, pengguna perlu menyemak dari semasa ke semasa setiap perincian di laman web syarikat-syarikat terbabit bagi mendapat maklumat terkini.
Maklumat lanjut mengenai pos berkenaan dapat dibaca di sini. – kkwp.my