Mengapa patut guna WordPress untuk bina laman web dan blog? Mana lebih bagus berbanding platform lain? Mana lebih mudah guna? Mana lebih mesra Optimasi Enjin Carian (Search Engine Optiomization – SEO)?
Sebenarnya banyak, malah berlambak rujukan atau bahan bacaan mengenai topik ini boleh ditemui di Internet sama ada di blog, laman web atau YouTube.
Namun, kebanyakannya anda perlu habiskan sejumlah jam yang banyak untuk menelaah dan memahami.
Justeru, kami ringkaskan di bawah beberapa fakta utama yang patut anda tahu dalam memahami mengapa WordPress dikatakan antara yang terbaik dalam memilih platform membina laman web atau blog.
Teruskan pembacaan.

WordPress
Ada banyak platform di Internet untuk bina laman web atau blog. Setiap satu berbeza dari segi fungsi, tujuan penggunaan dan cara kerja walaupun tujuan akhirnya ialah untuk ada laman web atau blog sendiri, seterusnya meraih pendapatan di Internet.
Tulisan ini tidak sesuai jika anda sudah biasa menggunakan WordPress. Anda boleh abaikan.
Berikut ialah mengapa WordPress dikatakan sebagai platform terbaik untuk membina laman web atau blog.
1. Percuma
WordPress itu sendiri adalah platform percuma.
Untuk membina laman web atau blog asas dan mudah, anda bebas menggunaklan platform ini pada bila-bila masa.
Untuk membina laman web lebih fleksibel, anda bebas muat turun, pasang dan ubah suai mengikut kehendak dan keperluan anda. Ini perlukan nama domain dan hosting sendiri.
Anda boleh dapatkan domain dan hosting sendiri di sini.
2. CMS paling popular
Sehingga ini wujud berjuta laman web dan blog di seluruh dunia menggunakan platform WordPress.
Malah, dilaporkan wujud kira-kira 500 laman web atau blog baharu setiap hari menggunakan platform ini.
Lebih daripada itu, kini dilaporkan wujud beribu plugin yang anda dapat guna untuk membina laman web atau blog dengan hosting sendiri.

3. Mudah digunakan
Bahagian ini antara yang best – WordPress sangat mudah digunakan.
Berbanding platform lain yang memerlukan anda mahir ilmu programming atau PHP dan seumpamanya, WordPress mudah digunakan hatta oleh mereka yang baharu mahu bermula.
Malah, untuk membina laman web atau blog asas dan mudah, ada dapat melakukannya semudah “drag and drop” sahaja.
Sebab itulah ramai pengguna baharu WordPress berjaya menggunakan platform ini dalam masa cepat walaupun tanpa pengetahuan teknikal.
4. Lebih selamat
Hampir semua pakar keselamatan Internet setuju bahawa tiada jaminan 100 peratus laman web atau blog anda sentiasa selamat apabila bersiaran di Internet.
Namun, ramai setuju WordPress amat minimum masalah teknikal, terutama dengan cara memasang plugin keselamatan tertentu padanya.
Malah, jika anda bercadang menjadikan platform WordPress sebagai sumber rezeki dengan menyediakan servis bina laman web atau blog, WordPress lebih menjamin kurangnya masalah disebabklan ciri keselamatan yang ada pada platform ini.

5. Komuniti besar
Bahagian ini juga menarik. WordPress mempunyai komuniti besar di serata dunia.
WordPress mempunyai komuniti pengguna berjuta di seluruh dunia membabitkan lebih 53 bahasa.
Di Malaysia sahaja, antaranya kita ada komuniti di Facebook seperti Grup KKWP dan beberapa grup lain.
Anda sebagai pengguna baharu dapat bertanya dan memohon tunjuk ajar di sini.
6. Bertahan lama
Sudah banyak platform lain yang berkubur atau kurang aktif. Namun, WordPress tidak.
Mengapa? Ini kerana WordPress tidak digerakkan oleh satu dua orang pemilik. Ia juga tidak digerakkan oleh syarikat.
Sebaliknya, ia digerakkan oleh organisasi tidak berasaskan keuntungan semata-mata.
7. Bagus untuk SEO
Bagi kami, bahagian ini paling best. WordPress sudah diakui bagus untuk SEO.
Malah ada banyak plugin dapat digunakan untuk menjayakan matlamat memenangi “perang SEO” di laman carian, terutama Google.
Hatta tanpa memasang plugin SEO pun laman web WordPress dikatakan berkuasa dari segi SEO walaupun lebih disyorkan memasang plugin berkaitan untuk lebih berjaya.
Sebab lain?
Platform WordPress membolehkan anda “punya sendiri” laman web atau blog berkenaan.
Apa maskud “anda punya sendiri”?
Maksudnya laman web atau blog yang anda bina menggunakan [platform WordPress adalah di dalam kawalan anda hampir sepenuhnya walaupun tidak mutlak.
Ini terutama kerana anda dapat bina laman web atau blog sendiri secara “self-hosted” (hosting sendiri)
Ini sangat berbeza berbanding platform lain yang anda perlu bergantung kepada server serta hosting yang dimiliki atau dikawal pihak lain.
Jadi?
Campur tolak campur tolak rumusan yang kami boleh buat ialah WordPress mempunyai banyak kelebihan dan kurang kelemahan berbanding platform lain.
Selebihnya, anda putuskan sendiri.