Memilih syarikat hosting bagai memilih pasangan hidup: Hati-hati agar tidak menyesal kemudian!

Jika tersalah pilih syarikat hosting, anda mungkin sengsara, sekurang-kurangnya selama setahun.
Kongsi | Share

Tidak keterlaluan jika penulis membuat perbandingan memilih syarikat hosting untuk laman web WordPress seumpama memilih pasangan hidup.

Jika pilihan tepat, anda akan berbahagia seumur hidup. Jika tersalah pilih, anda akan merana, mungkin untuk tempoh lama.

Begitulah juga dalam memilih syarikat hosting untuk menempatkan “segala mak-nenek” data dan setting bagi laman web anda.

Sokongan (support) 24 jam

Di bawah nanti, penulis akan dedahkan syarikat hosting paling “cun dan power” serta boleh diharapkan. Teruskan pembacaan!

Jika pilihan tepat, anda akan menerima segala bantuan dan kemudahan, termasuk dalam bentuk sokongan (support) berterusan serta 24 jam sehari semalam.

 

Malah, tidak mustahil syarikat hosting melayan anda sebagai pelanggan seumpama raja.

kkwp, ini.my, tulis, artikel, konten

hosting - pix

Mereka akan sentiasa membantu menyelesaikan apa juga masalah yang dihadapi web anda.

Namun, jika tersalah pilih syarikat hosting, anda mungkin sengsara, sekurang-kurangnya selama setahun.

Jika ini berlaku, anda hanya ada satu pilihan – mengucapkan selamat tinggal atau “melafazkan cerai talak tiga” kepada syarikat hosting terbabit.

Terutama jika anda bergantung pendapatan kepada laman web, kedai online atau blog, anda tentu tidak sanggup menunggu “detik bercerai mati” dengan syarikat hosting berkenaan kerana laman web anda adalah nyawa perniagaan anda!

Mereka yang pernah mengalami sendiri pengalaman ini sangat tahu lagi faham.

Syarikat hosting ini “proven”!

Dalam hubungan ini, penulis mahu menyebut syarikat hosting ini sebagai sudah “proven” dalam menyediakan hosting yang boleh diharapkan.

Penulis dan syarikat sudah menggunakan khidmat syarikat hosting ini sejak beberapa tahun. 

Sokongan dan bantuan (support) tim teknikal syarikat ini tidak mengira kedudukan jarum jam!

Hatta ketika ayam masih bermimpi dan belum berkokok pagi, tim teknikal syarikat ini masih mampu memberi respons terhadap kemusykilan teknikal anda bersabit hosting. 

Baca juga:  Ini enam jenis domain perlu anda tahu sebelum beli untuk laman web, blog anda

Apakah nama syarikat hosting yang dikatakan sudah “proven” ini? Anda boleh klik di sini untuk tahu.

Syarikat hosting yang dimaksudkan ialah Internet-Webhosting.com.

 

internet-webhosting, kkwp, wordpress, hosting, seo, kkwp, wordpress, hosting, woocommerce, theme

 

Ia bukan syarikat setahun jagung. Syarikat ini sudah beroperasi sejak 16 tahun lalu. Malah, syarikat ini sudah meraih pelbagai anugerah dalam bidang berkenaan.

Ini bukan bermakna syarikat hosting lain tidak boleh diharapkan atau tidak “proven”.

Namun, penulis tidak dapat menilainya kerana penulis tidak pernah menggunakan sendiri hosting syarikat-syarikat terbabit atau didedahkan mengenai mereka.

KKWP.my sedang mengumpul maklumat mengenai beberapa syarikat hosting lain. Ia akan dipaparkan dalam artikel lain – kkwp.my  

kkwp, ini.my, tulis, artikel, konten
Kongsi | Share
Nur Din
Nur Din

Usahawan Internet dan penulis sepenuh masa. Lagi info di INI.my dan di sini . Ikuti beliau di Facebook.com

Articles: 21

Langgan artikel & direktori percuma

WordPress, ecommerce serta berkaitan.