Masih relevankah pemasaran email? Ini pendapat mereka berpengalaman

Kongsi | Share

Masih relevankah pemasaran email (email marketing) untuk digunakan pada masa sekarang?

Dalam respons kepada pertanyaan Zariff Shafie  di KKWP,  Afiq Nakazawa berpendapat pemasaran email masih relevan buat masa ini.

Menurutnya, pemasaran email bagus untuk kesedaran jenama (brand awareness) kerana cara ini lebih tepat pada sasaran serta mudah “convert” menghasilkan jualan, terutama jika selalu ada susulan (follow up).

kkwp, Afiq Nakazawa
Afiq Nakazawa

Catat beliau, pemasaran email sesuai untuk apa juga jenis perniagaan dengan syarat kandungan email disesuaikan dengan apa yang mahu disampaikan.

Sementara itu, Muhd Hadi yang turut menyokong pemasaran email sebagai masih relevan buat masa ini, menjelaskan ia terutama jika peniaga sudah kenal pengguna atau bakal pembeli.

“By ratio, ia convert lebih tinggi depend pada how brand tu tweak.

kkwp, ini.my, tulis, artikel, konten

“Base on pengalaman handling e-commerce, email marketing pembeli dah masuk fasa trust dan aware company punya channel hebahan sebab di Malaysia email marketing pada end user bukan keutamaan,” catat beliau.

Bagaimanapun tulis Muhd Hadi, apa yang penting ialah ada konten, tutorial dan sebagainya di dalam pemasaran email berkenaan.

Menurutnya, teknik jualan secara ketara dan agresif (hardsell) yang berpanjangan di dalam pemasaran email tidak akan menjadi atau menghasilkan apa-apa.

Sehubungan itu, Pijan Drahman yang turut mengakui pemasaran email masih relevan buat masa ini, mengingatkan supaya ilmu pemasaran email dipelajari dari “orang yang betul”.

“Bukan dengan self-proclaimed sifu yang ada seminar joget-joget. Biasanya business diorang (mereka) seminar tu je lah,” catat beliau.

Aliasak Marzuki pula percaya pemasaran email adalah seperti senjata sebagaimana responsnya:

“Tahu guna, berguna. Tak tahu guna, tak berguna. Salah guna, bahaya pada si pengguna”.

Baca juga:  Takut untuk kemaskini ke WordPress versi baru? Baca ini!

Baca pos berkenaan di sini. – kkwp.my

kkwp, ini.my, tulis, artikel, konten
Kongsi | Share
Nur Din
Nur Din

Usahawan Internet dan penulis sepenuh masa. Lagi info di INI.my dan di sini . Ikuti beliau di Facebook.com

Articles: 21

Langgan artikel & direktori percuma

WordPress, ecommerce serta berkaitan.