Sebagai developer atau freelance WordPress, patutkah anda simpan dan tidak memberikan maklumat log masuk (login details) bagi hosting, domain dan laman web kepada pelanggan?
Ada pro dan kontranya.
Dari satu sudut, ia memang hak pelanggan yang patut diberikan oleh developer atau freelance kepada pelanggan, terutama jika pembinaan sesuatu laman web sudah siap.

Ini lebih-lebih lagi jika sudah disebut secara jelas di dalam kontrak kerja pembinaan laman web berkenaan.
Bagi Zahid Aramai, semua maklumat log masuk sepatutnya diberikan kepada pelanggan apabila semua kerja pembinaan laman web sudah disiapkan dan diserahkan kepada pelanggan.
“Sepatutnya… dev kena handover suma (semua) terus.. dah complete and deliver.. bagi je laa.. unless dia bagi kita maintain website dia.. monthly fee.. if not, you have done your job,” catat beliau.
Zahid menjelaskan demikian dalam respons beliau terhadap pertanyaan Uzair Maslan di KKWP.
Menurut Zahid, apa yang selalu berlaku ialah developer (atau freelance) mengenakan caj kepada pelanggan pada “harga angel”, tetapi hanya “melonggokkan” (dump) laman web pelanggan di dalam hosting kongsi (shared hosting) bersama banyak lagi laman web lain.
Hosting kongsi merujuk kepada sewaan hosting secara bersama dan berkongsi dengan banyak lagi laman web lain di dalam server yang sama.
Bagaimanapun, ada juga kelemahan tertentu yang biasanya sangat ditakuti developer dan freelance jika mereka memberikan maklumat login kepada pelanggan.
Antaranya, termasuklah kemungkinan laman web berkenaan rosak akibat “sentuhan ajaib” pelanggan atau pemilik sendiri.
Justeru, freelance atau developer mungkin cuba mengelak memberikan maklumat log masuk kepada pelanggan bagi mengelak ini berlaku.
Maklumat lanjut boleh dibaca di sini.