Intall WordPress website » Sebelum membina laman web WordPress yang panjang dan memeningkan, anda perlu perhatikan lima amalan awal ini bagi melicinkan perjalanan membina laman web anda.
Amalan ini ialah amalan yang saya sendiri selalu lakukan supaya kerja ‘membikin’ laman web menjadi cepat dan lancar.
Gambar 1: Gambar dashboard yang sejuk mata memandang
Berikut ialah amalan saya cadangkan untuk anda lakukan sebelum ke langkah lebih mencabar.
1. Buang semua plugin pra-pasang (default plugin) oleh WordPress
Setelah pasang WordPress pada domain, anda akan dapati beberapa plugin pra-pasang diwujudkan secara automatik oleh WordPress.
Saya sarankan anda nyahaktifkan (deactivate) semua plugin pra-pasang ini menggunakan butang bulk action dan delete semuanya dengan penuh yakin. Jangan takut, anda mampu lakukannya.
Gambar 2: Butang Bulk Actions
Selepas itu, jika anda ingin pasang plugin baru, anda boleh lakukannya. Apa yang penting plugin berkenaan sesuai dengan versi WordPress anda dan anda tahu secara jelas fungsi plugin yang anda pasang itu. Jangan agak-agak sahaja.
2. Buang pos dan komen pra-pasang (default)
Pada blog anda akan ada pos dan komen pra-pasang (default) oleh WordPress atau daripada penyedia pelayan (server provider) anda. Delete semuanya ke dalam Trash anda.
Selepas buang, anda akan berasa lapang tanpa pos dan komen tidak berkaitan. Ini untuk memudahkan urusan anda.
Gambar 3: Butang Posts
3. Tukar profil anda
Pergi ke bahagian edit profile. Edit dahulu profil mengikut kehendak anda seperti first name, last name, dan email. Profil ini akan menyebabkan nama anda kelihatan apabila menulis pos pada blog anda.
Ada dua cara untuk edit profil. Cara pertama, pergi ke bahagian atas kanan ada nama anda dan klik Edit My Profile. Cara kedua, pergi ke Users > Your Profile.
Gambar 4: Edit My Profile
Gambar 5: Butang Users
4. Tukar permalink
Seterusnya, anda perlu tukar permalink. Jika guna permalink asal (default), , iaitu setting Day and Name, link anda jadi kurang cantik.
Saya cadangkan guna permalink jenis Post Name. Jenis post name ini cantik dan membantu dalam Optimasi Enjin Carian (Search Engine Optimization – SEO).
Untuk setting, sila pergi ke bahagian Settings > Permalinks. Pada bahagian common settings pilih Post Name.
Gambar 6: Settings Permalinks
5. Cipta mukasurat (page) kosong
Biasanya, sebelum cipta laman web yang panjang lebar, anda pasti sudah ada gambaran bagaimana rupa laman web yang anda akan buat nanti.
Jadi, sediakan setiap mukasurat yang anda akan buat satu persatu. Pastikan tiada satu mukasurat tertinggal. Cara ini sangat bagus untuk mempercepat proses membuat laman web.
Caranya mudah sahaja. Pergi ke Pages > Add New. Kemudian tulis name mukasurat dan klik Publish. Buat sampai siap semua mukasurat.
Gambar 7: Contoh All Pages
Selepas siap semua amalan ini, barulah tiba masanya untuk pasang theme baru, plugin dan builder yang diperlukan. Kemudian, barulah bermula dengan kerja memasukkan tulisan, gambar, video, penyesuaian warna dan segalanya.
Kesimpulan
Inilah amalan awal untuk membina laman web sebelum pergi ke langkah lebih memeningkan.
Ini hanya cadangan, bukan langkah wajib. Namun, jika anda gunakan amalan ini, saya pasti ia memudahkan kerja anda dalam pembinaan laman web yang cantik dan lancar.
Tekanan kerja juga akan berkurang dengan mengamalkan sistem yang sistematik serta teratur.
Bak kata bijak pandai, orang yang berjaya kerjanya tersusun lagi sistematik. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!
Lebih banyak panduan pembinaan laman web WordPress boleh ditemui di rafiqhasrudin.com. – kkwp.my