KKWP tu apa?

KKWP ialah singkatan Kedai Kopi WordPress (KKWP). Ia nama sebuah grup yang diwujudkan pada 28 Januari 2012 di laman sosial Facebook.com.

Tujuannya mencari petunjuk serta bimbingan langsung berhubung selok-belok platform WordPress dalam menghasilkan laman web.

Dengan moto “Membantu Menyelesaikan Masalah Pengguna WordPress”, grup ini mengumpul pelbagai solusi bagi menyelesaikan masalah pengguna WordPress serta berkongsi info, tips dan panduan serta ilmu berkaitan.

Ternyata KKWP berkembang atas asas yang kuat dan positif, iaitu bertitik-tolak dari prinsip berkongsi dan menyebarkan ilmu sebagai sejenis amal jariah. 

Sila datangi KKWP di Facebook di sini.

kkwp, ini.my, tulis, artikel, konten