ini.my, developer, freelance, wordpress,

Kami

Sedikit mengenai kami…

Kami terdiri daripada sekumpulan personel dan pengamal media dengan pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang penulisan dan editorial, kewartawanan, penterjemahan, penerbitan, undang-undang penerbitan, advertorial dan pengiklanan, percetakan, teknologi web dan teknologi Internet, termasuk di Media Prima Berhad (dahulu The New Straits Times Press (M) Berhad), Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). 

Kami bekerja sebagai satu pasukan yang padu, malah sentiasa mementingkan hasil kerja terbaik. Tiada kompromi!

Lagi mengenai kami di INI.my

Teraju

Nur Din. Berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia (1989) dan Diploma Penterjemahan Am, Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (1999) serta Sijil Kewartawanan, The New Straits Times Press (M) Berhad (1991). 

Berpengalaman lebih 25 tahun dalam industri media, editorial dan penerbitan sebagai wartawan dan editor. Berkhidmat sebagai wartawan di Berita Harian Sdn Bhd (Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad / kini Media Prima Berhad) (1990 – 1999) dan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (1990 – 1991) serta Editor Penyelaras di Creative Enterprise Sdn Bhd (1989 – 1990).

Menamatkan perkhidmatan dengan Berita Harian Sdn Bhd pada 1999 untuk menumpukan kepada perniagaan sendiri menerusi syarikat Ideamas Editorial Services (Ideamas) dalam bidang perkhidmatan editorial (editorial services), rekabentuk grafik dan web (web & graphic design) serta percetakan untuk sektor awam dan swasta seperti syarikat perhubungan awam, universiti serta syarikat penerbitan tempatan dan luar negara.

Masih menulis untuk penerbitan online dan buku serta majalah bercetak, termasuk terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) seperti Dewan Masyarakat, Dewan Ekonomi, Dewan Budaya, Dewan Bahasa, Pelita Bahasa, Dewan Kosmik dan Dewan Siswa.

Kini usahawan Internet sepenuh masa – beroperasi dari rumah, sekali-sekala nomad.