Tidak begitu mudah untuk anda tahu mana satu theme WordPress paling sesuai digunakan untuk kedai online WooCommerce.
Anda mungkin perlu mencubanya satu persatu untuk melihat kesesuaian dengan kehendak anda atau pelanggan.
Anda juga mungkin perlu menelaah banyak sumber di Internet, termasuk di pelbagai blog, laman web dan grup laman sosial seperti Facebook dan sebagainya.
Ini memakan masa. Paling mencabar jika anda masih baru dengan WordPress atau WooCommerce.
Tidak mengapa. Berikut ialah antara theme yang disyorkan oleh mereka yang sudah biasa, malah mahir dengan theme WordPress.
Mereka juga sudah biasa dan mahir dengan selok belok pembinaan kedai online menggunakan WooCommerce.
Dalam satu perkongsian di KKWP, mereka mencadangkan theme WordPress berikut sebagai paling “smart” dan mudah untuk kedai online WooCommerce.
Antara theme yang dicadangkan ialah Flatsome, Storefront, Divi-Ecommerce, Shopkeeper dan Astra.
Perkongsian di KKWP itu sebagai respons kepada pertanyaan Syuqri Ibrahim.
Bagaimanapun, tiada perincian dinyatakan mengenai apa yang “smart” dan apa yang “mudah” pada theme-theme berkenaan.
Anda boleh menyemak serta mencubanya sendiri untuk mengetahui kesesuaian dan keserasian dengan kehendak dan keperluan blog, laman web atau kedai online anda atau pelanggan anda.
Bagaimanapun, Tuah Wp dalam responsnya berpendapat:

“Semua tak semudah seperti dijangka. Nak mudah go Shopify. Theme pun clean and tidy. Font sebesar alam penuh screen.”
Maklumat lanjut boleh dibaca di sini. – kkwp.my
Imej: globaldigitalcitizen.org