kkwp, wordpress, plugin, theme

Ini satu lagi plugin untuk menjadikan laman web WordPress anda secantik impian

Kongsi | Share

Tidak mudah untuk memilih plugin bagi mencantikkan desain dan rupa terampilan sesebuah laman web WordPress.

Anda mungkin perlu banyak menelaah di pelbagai laman web, blog, laman sosial dan sebagainya.

Malah, apa yang lebih penting ialah anda perlu cuba sendiri setiap plugin berkenaan. Ia tentu memakan masa.

Bagaimanapun, ini ada jalan pintas. Dalam satu pos di KKWP, Al-Hadee Mohd Roslan mencadangkan anda menggunakan plugin ini – SiteOrigin CSS.

Ia plugin WordPress yang dapat dimuat turun percuma di sini.

Al-Hadee Mohd Roslan

Perincian mengenai plugin ini dapat dibaca di Page Al-Hadee Roslan Digital Marketer di sini.

kkwp, ini.my, tulis, artikel, konten

Seperti dijelaskan oleh laman berkenaan, kegunaan CSS ialah untuk mencorakkan paparan laman web.

CSS ialah singkatan bagi “Cascading Style Sheets”, iaitu bahasa yang digunakan untuk memberi sentuhan gaya (style) serta corak terampilan pada sesuatu elemen atau struktur sesebuah laman web.

Dalam keadaan biasa, mereka yang mahir menggunakan teknik CSS ini dapat mencorakkan mana-mana bahagian sesebuah laman web mengikut rupa dan gaya yang mereka inginkan.

Menurut laman Page Al-Hadee Roslan Digital Marketer, walaupun kini sudah ada banyak Page Builder (alat desain siap reka berasaskan teknik “drag and drop”) untuk membina WordPress, fungsi corakan dan penggayaan padanya masih terhad.

Dan, bagi yang tidak mahir teknik CSS, plugin SiteOrigin CSS ini sangat membantu untuk kerja desain dan penggayaan laman web WordPress dengan membolehkan mereka mengubah CSS mengikut yang diingini.

Seperti dinyatakan laman berkenaan, selain SiteOrigin CSS, ada satu plugin seiras, iaitu Microthemer.

Plugin Microthemer ini juga ada versi percuma yang dapat dimut turun di sini.

Pos berkenaan dapat dibaca di sini. – kkwp.my

kkwp, ini.my, tulis, artikel, konten
Baca juga:  Masih relevankah pemasaran email? Ini pendapat mereka berpengalaman
Kongsi | Share
Nur Din
Nur Din

Usahawan Internet dan penulis sepenuh masa. Lagi info di INI.my dan di sini . Ikuti beliau di Facebook.com

Articles: 21

Langgan artikel & direktori percuma

WordPress, ecommerce serta berkaitan.