kkwp, wordpress, plugin, theme, woocommerce

Ini jenis hosting yang sesuai jika kedai online anda banyak produk dan trafik

Kongsi | Share

Apakah jenis dan kriteria hosting yang sesuai jika kedai online anda mempunyai banyak produk, mungkin sehingga lebih 100 produk?

rahim
Abdul Rahim

Abdul Rahim dalam responsnya kepada pertanyaan Aiman Cody di KKWP menjelaskan sebenarnya kriteria hosting tidak bergantung sangat pada jumlah produk yang ada dalam sesebuah laman kedai online.

Sebaliknya jelas beliau, apa yang lebih penting ialah jumlah trafik atau pelawat kedai online berkenaan.

“Server ni yang penting traffic visitor tu, brg (barang) kalau ada 1 pun tapi daily sampai 1 juta traffic, memang kena vps la,” catat beliau.

VPS ialah merujuk kepada istilah Server Peribadi Maya (Virtual Private Server). Secara mudah difahami, VPS ialah server yang tidak berkongsi dengan orang lain atau organisasi lain.

Sebaliknya, menurut Abdul Rahim, jika ada 250 produk sekali pun sedangkan pelawat web atau kedai online berkenaan tidak sampai seribu, menyewa hosting secara berkongsi dengan pihak lain (Shared Hosting) sepatutnya masih membolehkan web atau kedai online mampu berfungsi dengan baik.

kkwp, ini.my, tulis, artikel, konten

Shared Hosting merujuk kepada hosting yang disewa secara berkongsi dengan banyak laman web lain di dalamnya.

Sementara itu, Masymul Hisyam Ishak menyatakan VPS memang disyorkan untuk laman ecommerce.

Namun, jika hanya untuk 250 produk, beliau berpendapat Shared Hosting dengan CDN, iaitu Rangkaian Pengedaran Kandungan (Content Distribution Network ) sudah memadai.

Maklumat lanjut boleh dibaca di grup KKWP di sini. – kkwp.my

kkwp, ini.my, tulis, artikel, konten
Baca juga:  Maklumat log masuk: Patutkah freelance WordPress beri kepada pelanggan?
Kongsi | Share
Nur Din
Nur Din

Usahawan Internet dan penulis sepenuh masa. Lagi info di INI.my dan di sini . Ikuti beliau di Facebook.com

Articles: 21

Langgan artikel & direktori percuma

WordPress, ecommerce serta berkaitan.