konten, seo, artikel, facebook, instagram, seo, wordpress, plugin, seo, kkwp, wordpress, hosting, woocommerce, theme

Ini cara cepat dan mudah tulis konten atau artikel untuk laman web dan blog

Mulakan penulisan sekarang. Jangan tunggu semua fakta menjadi lengkap atau keseluruhan idea sudah benar-benar tersusun dalam kotak fikir.
Kongsi | Share

Content writing › Sesetengah pemilik laman web atau blog mengambil masa sehingga satu hari suntuk untuk menulis dan menyiapkan konten atau artikel sekadar 300 perkataan – tersangkut-sangkut dan terhenti-henti di sana sini.

Lebih teruk, ada yang tertangguh berhari-hari, malah berbulan-bulan bagi menyiapkan kerja penulisan konten atau artikel untuk laman web atau blog mereka.

Ini antara punca laman web atau blog “bersawan, berhabuk, berdebu dan berjelaga” tidak dikemaskini.

Mengapa?

Mengapa? Apa yang anda akan baca seterusnya mungkin satu tips yang tampak kecil, tetapi sangat berkesan untuk kerja penulisan konten atau artikel secara cepat dan mudah, malah tidak bertangguh-tangguh.

Dengan cara ini jugalah penulis artikel yang anda sedang baca artikelnya sekarang mampu menyiapkan konten atau artikel 300 perkataan hanya dalam masa kurang daripada 30 minit.

Untuk memastikan anda tidak terlepas tips penulisan konten dan panduan lain juga, sila langgan “newsletter” KKWP.my di sini dan like page KKWP.my di sini.

kkwp, ini.my, tulis, artikel, konten

Teruskan pembacaan!

konten, seo, artikel, facebook, instagram, seo, wordpress, plugin, seo, kkwp, wordpress, hosting, woocommerce, theme
Imej: contenttutorial.com / ivertical.com

Berhentilah menjadi manusia sempurna!

Berhentilah daripada cuba menjadi manusia serba sempurna (perfectionist)! Ini kerana anda dan hasil kerja penulisan anda tidak akan menjadi sempurna selagi anda terlalu cuba untuk menjadi sempurna. Ia tidak akan sempurna!

Walaupun AR Tompel di dalam sebuah filem P Ramlee menganggap semua ini hanya “falsafah”, ia sangat realistik – sahih lagi nyata.

Penulis melalui dan mengalaminya sendiri sejak lama untuk sampai ke tahap sekarang!

“Hentam saja Labu”

Frasa popular yang digunakan P Ramlee dalam filem “Labu Labi” ini ternyata sangat sesuai dalam konteks penulisan konten atau artikel, terutama pada fasa awal pembikinan sesebuah konten.

Biasanya penulis yang tidak berpengalaman akan terkena “sindrom takut lagi was-was” bimbang hasil penulisannya tidak sempurna dan diterima baik pembacanya, malah takut dikecam.

Baca juga:  Hati-hati! Beberapa plugin ini mungkin menyebabkan laman web WordPress anda lambat dipaparkan

Ramai tidak perasan atau tidak tahu hakikat bahawa kerja penulisan adalah juga sejenis “kraf” (craft). Dan, mana-mana hasil kraf sudah tentu tidak akan sempurna 100 peratus! Ia kadang-kadang terlalu subjektif sifatnya.

Jadi, jangan berhempas pulas serta menyusahkan diri untuk menjadi sempurna!

konten, seo, artikel, facebook, instagram, seo, wordpress, plugin, seo, kkwp, wordpress, hosting, woocommerce, theme
Imej: pr-university.com

Tulis sahaja apa yang terlintas!

Lagi sekali – hentam saja Labu!

Mulakan penulisan sekarang. Jangan tunggu semua fakta menjadi lengkap atau keseluruhan idea sudah benar-benar tersusun dalam kotak fikir.

Tulis sahaja apa yang terlintas di fikiran sekarang asalkan ia berkaitan dengan tajuk yang mahu dipaparkan.

Jangan bimbang ia sempurna atau tidak, betul atau salah dan kuat atau lemah.

Perkataan pertama dan ayat pertama itu sangat penting menentukan anda mula menulis sekarang atau anda akan menangguhkannya sehingga tahun depan.

Jangan gelak. Ini realiti. Ramai mengalaminya, termasuk penulis sendiri pada awal era belajar menulis dahulu kala.

Seperti juga dengan mana-mana kerja besar lain – ia mesti bermula dengan tindakan pertama atau langkah pertama.

Inilah yang biasa disebut sebagai “the journey of a thousand miles begins with one step”.

Mulakan perkataan pertama dan ayat pertama anda sekarang!

Lagipun, anda tidak perlu terlalu risau sebenarnya. Berbanding penulisan untuk media tradisional, penulisan untuk media Internet sangat fleksibel dan dapat diubah atau disunting serta dikemaskini pada bila-bila masa dan di mana-mana juga.

konten, seo, artikel, facebook, instagram, seo, wordpress, plugin, seo, kkwp, wordpress, hosting, woocommerce, theme
Imej: kobedigital.com

Disiplin penulisan

Apa yang penulis maksudkan dengan “disiplin penulisan” termasuklah dari segi tatabahasa, gaya penulisan (writing style) dan keragaman ayat serta perenggan.

Sesetengah pemilik laman web, blogger dan syarikat penerbitan, termasuklah penulis sendiri, mempunyai gaya dalaman (house style writing) yang ditetapkan dan perlu dipatuhi.

Jadi, pada peringkat akhir penulisan sesebuah konten mencecah tahap siap, frasa “hentam saja Labu” sudah tidak lagi terpakai. Namun, bukan bermakna anda sudah boleh mula untuk menjadi sempurna.

Baca juga:  Facebook bermasalah: Peniaga online patut baca nasihat ini atau hilang pendapatan sekelip mata

Apa yang penting pada peringkat sesebuah konten sedang disemak dan diperbetulkan sementara ia diterbitkan di mana-mana laman web atau blog ialah segala disiplin penulisan mestilah diperhatikan dan diamati satu persatu.

Itupun jauh sekali untuk ia menjadi benar-benar sempurna! Tentu ada kelemahan di sana sini. Pedulikan!

Konten anda kredibiliti anda

Betul, anda tidak perlu untuk menjadi sempurna.

Namun, penulisan konten yang berkualiti adalah cermin kredibiliti anda. Ia mengukir kekuatan autoriti anda di Internet!

Justeru, ketika penulisan anda tidak perlu menjadi sempurna, pada masa sama, anda jangan “cincai”.

Patuhi segala disiplin penulisan yang lazim dan piawai tatabahasa yang sudah disepakati serta diterima pakai.

Jangan sesekali menggunakan ejaan ringkas atau apa sahaja bahasa “ala Mat Rempit” kerana konten anda refleksi diri anda di Internet!

Konten anda juga sebahagian daripada komponen jenama peribadi (personal branding) anda sendiri.

Penulis akan kongsi banyak lagi tips penulisan konten seumpama ini dan dan tips lain dalam artikel-artikel akan datang.

Untuk memastikan anda tidak terlepas tips penulisan konten dan panduan lain juga, sila langgan “newsletter” KKWP.my di sini dan like page KKWP.my di sini.

kkwp, ini.my, tulis, artikel, konten
Kongsi | Share
Nur Din
Nur Din

Usahawan Internet dan penulis sepenuh masa. Lagi info di INI.my dan di sini . Ikuti beliau di Facebook.com

Articles: 21

Langgan artikel & direktori percuma

WordPress, ecommerce serta berkaitan.