Berkenaan plugin WordPress untuk Optimasi Enjin Carian (SEO), iaitu Yoast SEO, antara yang sering jadi perhatian ialah “butang hijau” dan “butang merah”.
Butang hijau dan butang merah merujuk kepada indikator atau petunjuk status setting SEO pada setiap laman atau artikel.
Bagi setting di Yoast SEO, ini juga dikaitkan dengan apa yang dipanggil sebagai “readability”.
Tidak mudah untuk menjadikannya sebagai “hijau”. Malah, ada pengguna plugin ini tidak pernah perolehi status ini.
Dalam satu ajakan perbincangan oleh Kamarul Yunus di KKWP berhubung plugin ini, Azham Zanal menegaskan adalah tidak mustahil untuk memperolehi status hijau.

Menurut beliau, status itu boleh diperolehi dengan ada sekurang-kurangnya 15 pautan (link) pada artikel terbabit.
“Any keyword mention, convert to post tagging.
“Tapi kalau dapat real related article lebih bagus. Insyaallah, boleh dapat hijau,” catat Azham.
Terdahulu, Azham respons kepada pernyataan Muhammad Edwin Masripan.
Plugin Yeost SEO edisi percuma dapat dimuat turun di sini.
Sementara itu, dalam respons terhadap topik sama, Xhan Xyah menyifatkan indikator hijau boleh dan mudah dicapai dengan syarat perlu ikut apa ditetapkan plugin itu.
“Readability adalah (berkaitan) susunan ayat mudah dibaca atau tidak,” catat beliau.
Maklumat lanjut mengenai perbincangan ini dapat dibaca di sini. – kkwp.my