plugin, jetpack, facebook, wordads, website, domain, konten, seo, artikel, facebook, instagram, seo, wordpress, plugin, seo, kkwp, wordpress, hosting, woocommerce, theme,

Hati-hati! Beberapa plugin ini mungkin menyebabkan laman web WordPress anda lambat dipaparkan

Satu daripada punca laman web WordPress menjadi lambat untuk dipaparkan (slow loading) ialah plugin yang dipasang pada laman berkenaan.
Kongsi | Share

Plugin: Slow Loading | Kelajuan laman web WordPress sering menjadi hambatan bagi mana-mana pemilik dan pembina laman web yang menggunakan platform ini.

Satu daripada punca laman web WordPress menjadi lambat untuk dipaparkan (slow loading) ialah plugin yang dipasang pada laman berkenaan.

Laman web yang lambat untuk dipaparkan dan dapat diakses akan memberi kesan ketara kepada pelawat.

Kecuali jika laman web anda memang benar-benar diperlukan oleh pelawat, ada kemungkinan besar pelawat akan lari dan beralih ke laman pesaing disebabkan laman web anda lambat dipaparkan.

Malah, laman web yang lambat dipaparkan juga akan memberi kesan buruk terhadap Optimasi Enjin Carian (Search Engine Optimization – SEO).

Berikut ialah antara plugin yang dilaporkan beberapa laman web antarabangsa boleh menyebabkan laman web dan blog WordPress anda lambat dipaparkan.

kkwp, ini.my, tulis, artikel, konten

Sila semak dan ambil semua langkah perlu bagi memastikan mana-mana plugin berkenaan tidak menjadikan laman web atau blog WordPress anda lambat dipaparkan.

Tidak semestinya anda tidak patut memasang plugin-plugin berkenaan. Anda mungkin memerlukannya, tetapi wajar hanya mengaktifkan ciri tertentu yang disediakan di dalam plugin terbabit.

Jetpack

Jetpack ialah plugin yang diketahui umum sarat dengan pelbagai fungsi.

Sebenarnya, sesetengah fungsi berkenaan mungkin tidak diperlukan oleh laman web anda, tetapi tanpa disedari anda turut mengaktifkannya.

Antara fungsi yang diwujudkan di dalam Jetpack ialah keselamatan, optimasi imej atau foto, analitik dan banyak lagi.

Terlalu banyak fungsi ini, termasuk yang anda tidak perlukan, boleh menyebabkan banyak sumber (resources) dari hosting anda akan “dimakan” oleh fungsi-fungsi berkenaan.

Ia sekali gus menyebabkan laman web WordPress anda menjadi lambat (slow loading).

Antara altertnatif yang anda wajar pertimbangkan ialah jangan guna Jetpack, sebaliknya gunakan plugin khusus untuk fungsi yang khusus yang anda perlukan untuk memenuhi keperluan laman web berkenaan.

Baca juga:  Lima amalan ini dapat melicinkan perjalanan membina laman web WordPress

Selain itu, beberapa plugin lain turut dilaporkan mungkin menyebabkan laman web atau blog WordPress anda menjadi lambat untuk dipaparkan.

Broken Link Checker

Fungsi plugin ini ialah memeriksa pautan yang rosak atau tidak wujud pada laman web atau blog WordPress anda.

Ini menyebabkan ia perlu bekerja keras dengan pergi kepada setiap halaman dan dengan itu mungkin memakan banyak sumber hosting anda.

NextGen Gallery

Ini ialah plugin yang berkaitan dengan pengendalian imej atau foto pada laman web anda.

Memang diakui, plugin ini mampu menjadikan paparan imej anda lebih cantik dan dipersembahkan secara lebih menarik.

Namun, proses pengendalian imej itu mungkin boleh menyebabkan ia memakan sumber hosting anda.

Satu pilihan yang anda boleh ambil ialah cuba dapatkan plugin sejenis yang tidak memakan banyak sumber hosting anda.

Contact Form 7

Ini juga plugin yang dilaporkan  dapat mempengaruhi keupayaan dan kecepatan sesebuah laman web atau blog WordPress untuk dipaparkan kepada pelawat.

Bagaimanapun semua plugin di atas mungkin tidak akan mengganggu kelancaran laman web atau blog WordPress anda jika anda tahu menggunakan secara wajar dan tepat.

Apa yang penting, anda perlu tahu bagaimana sesuai plugin itu berfungsi atau bekerja di dalam laman web atau blog WordPress anda supaya ia tidak menggangu atau merencatkan kepantasan  untuk dipaparkan kepada pelawat. – kkwp.my

Imej: amusingplanet.com

kkwp, ini.my, tulis, artikel, konten
Kongsi | Share
Nur Din
Nur Din

Usahawan Internet dan penulis sepenuh masa. Lagi info di INI.my dan di sini . Ikuti beliau di Facebook.com

Articles: 21

Langgan artikel & direktori percuma

WordPress, ecommerce serta berkaitan.