Ia mengenai laman web edagang (ecommerce website). Hanya dalam masa beberapa jam selepas dilancarkan, lebih 100 orang mendaftar untuk menyertai acara EcomBootcamp 2021 ini.
Pencapaian ini menarik perhatian KKWP.my untuk melihat lebih jauh ke dalam; apa ada pada EcomBootcamp 2021?
Mari kita lihat.
Ilmu dan rahsia ecommerce
EcomBootcamp 2021 ialah program pendedahan ilmu dan rahsia edagang (ecommerce) terbesar selama enam (6) hari berturut-turut dengan menyentuh lebih 20 topik berkaitan oleh lebih 10 speaker berpengalaman.
Ia dijadual bermula 16 Oktober 2021 hingga 21 Oktober 2021.
Hanya hadap di depan desktop atau skrin phone; ilmu masuk sendiri ke kotak fikir peserta untuk menjadikan mereka lebih tahu, lebih bijak dan lebih kreatif dalam mengendalikan atau memiliki laman web edagang.
Perinciannya dapat dilihat di sini.
Semuanya mengenai pelbagai ilmu dan teknik padu dalam mengendalikan laman edagang!
Fokusnya ialah supaya anda lebih tahu dan lebih bijak mengenai cara-cara bagaimana untuk memperolehi lebih banyak jualan menerusi laman edagang.
Dalam enam (6) hari itu, peserta akan diajar dan didedahkan dengan pelbagai perkara berkaitan edagang, termasuklah pembangunan laman web (web development), rekabentuk laman web (web design) dan membuat jualan (sales).
Peserta juga didedahkan kepada ilmu pengiklanan laman sosial di Facebook dan Tik Tok (social media advertising – FB & TikTok), penulisan kopi (copywriting), pengiklanan di Google (Google Ads) dan pelbagai lagi ilmu berkaitan.
Siapa patut sertai EcomBootcamp 2021?
Siapa patut sertai acara EcomBootcamp 2021 ini?
Setelah meneliti kandungan ilmu yang bakal dikongsi menerusi acara ini, KKWP.my berpendapat semua yang bergelar ketua pegawai eksekutif (CEO), pengasas produk (founder), ejen, dropship, pemasar (marketer) sangat patut menyertainya.
Malah, sebenarnya sesiapa sahaja yang terbabit dalam perniagaan online (online bisnes) patut sertai acara ini. Untuk sertai, anda boleh klik di sini.
Ini kerana selama enam hari berkenaan, anda akan pelajari hampir semua perkara mengenai selok-belok edagang terus daripada pakar yang sangat berpengalaman dalam bidang ini.
Jika pun anda baru hari ini atau semalam mengenali edagang, EcomBootcamp 2021 ini tetap sesuai untuk anda. Ini kerana ia direka untuk memenuhi keperluan semua tahap sama ada newbie, intermediate atau pakar (expert).
Apa yang lebih menarik ialah acara ini dijangka mampu menjadikan perniagaan online anda bergerak secara automatik kerana semua urusan dan proses jual beli berlaku di laman web.
Siapa speaker?
Bukan sekadar gembar-gembur. Ini real. Speaker yang akan dedahkan ilmu dan rahsia di acara EcomBootcamp 2021 bukan calang-calang.
Mereka ada ilmu, ada pengalaman dan lalui sendiri serta terbabit sendiri secara langsung selama bertahun-tahun dengan laman web edagang sama ada milik sendiri atau milik pelanggan.
Speaker-speaker ini sudah ada rekod menghasilkan perolehan dan pendapatan daripada laman edagang sehingga mencecah lima hingga tujuh angka.
Mereka termasuklah Najmi Hamdi (Web Developer), Ijmal Akbar (Certified Ecommerce Marketer), Paeh Brian (Facebook marketer, Founder FIB Digital), Azmi Ali (Branding Expert) dan Asrul Shamimi (Web Design Specialist, founder Designville Studios).
Speaker lain ialah Iffat Salleh (Copywriting Expert, CEO Ordersini), Firdhaus Muntazar (Digital Marketing Expert, Founder Bootcamp Revolusi Online), Hakem Azham (Ecommerce Marketer, Founder Badar Apprentice), Amierul Asyraf (TikTok Marketer) dan Amierul Xilo (Founder Xilo Jeans).
Tidak perlu was-was. Semua ada rekod sukses. Anda boleh daftar terus di sini .

EcomBootcamp 2021: Mengapa sangat disyorkan?
Mengapa KKWP.my sangat syorkan acara EcomBootcamp 2021 ini? Ini kerana ia dijangka sarat dengan ilmu dan rahsia edagang yang patut anda tahu untuk sukses dalam bisnes online.
Jika anda mempunyai laman web edagang, laman web anda itu tidak sepatutnya sekadar wujud, tetapi mesti menghasilkan wang! Tidak sedikit, tetapi banyak!
Jika anda belum mempunyai laman web edagang sendiri, anda patut mempunyai sekurang-kurangnya satu. Mulakan dengan acara EcomBootcamp 2021 ini untuk lebih tahu, lebih faham dan lebih bersedia.
Ini kerana acara berkenaan direka meliputi semua aspek; dari pembinaan laman web hingga cara-cara bagaimana untuk memperolehi lebih banyak jualan dari satu-satu pelanggan dan dari satu-satu laman web.
Selama enam hari itu, semua ilmu dan rahsia ini dibuka dan didedahkan.
EcomBootcamp 2021: Bagaimana menyertai?
Sangat mudah untuk sertai acara EcomBootcamp 2021. Klik di sini . Anda boleh nilai sendiri.