Sesetengah pengguna WordPress mungkin teragak-agak sama ada memilih hosting yang dioptimasikan khusus untuk laman WordPress (WordPress Hosting) atau Linux (Linux Hosting) atau Windows (Windows Hosting).
Untuk itu, perbincangan di KKWP yang dimulakan Asri Ishak ini sedikit sebanyak membantu merungkaikan persoalan berkenaan.

Dalam respons beliau terhadap perbincangan itu, Akmal Hazim menjelaskan WordPress Hosting adalah hosting yang sudah dioptimasikan khusus untuk WordPress.
Bagaimanapun, menurut beliau, semua platform laman web boleh juga masuk dan diterima di dalam Linux Hosting, kecuali jika aplikasi web terbabit memang dibangunkan menggunakan Windows.
“Linux hosting, mostly most platform boleh masuk except web apps yang develop pakai Window,” catat beliau.
Penjelasan itu kemudian dikuatkan oleh Mohd Afif Mohd Sukri. Beliau menegaskan, “WordPress boleh belaka”.
Malah Liew CheonFong turut mencadangkan penggunaan Linux hosting untuk WordPress.
Catat beliau, hosting WordPress adalah hosting yang menyokong keperluan WordPress.
Bagaimanapun tegas beliau, “Windows hosting tak recommend untuk WordPress”.
Liew turut mencadangkan pengguna WordPress membaca pautan ini.
Khatimi Hussin pula mencadangkan:
“Kalau baru nak mula dengan hosting, ambil Linux yang include cPanel. Dah nice untuk WordPress dan lain-lain boleh.
“Windows hosting kalau projek guna tech dari Microsoft macam Asp.net ke boleh la ambil.”
Maklumat lanjut boleh dibaca di sini. – kkwp.my
Kredit: networkworld.com