wordpress, kkwp, freelance, developer

Bina website: Ini harga yang anda patut caj pelanggan

Kongsi | Share

Satu daripada masalah yang sering dihadapi freelance atau developer WordPress dalam menawarkan servis bina web, terutama mereka yang masih baru dalam bidang ini ialah dari segi menetapkan harga atau caj kepada pelanggan.

Lebih memburukkan keadaan, malah memberi kesan ketara terhadap pasaran serta industri ialah apabila harga servis bina web diletakkan terlalu rendah berbanding harga pasaran.

Apa yang paling mendukacitakan bagi kebanyakan penggiat industri ini ialah apabila muncul beberapa individu di pasaran yang menawarkan “harga bunuh diri” sehingga mungkin merosakkan pasaran.

Lebih parah ialah apabila individu terbabit menghilangkan diri setelah tidak mampu menyelesaikan kerja yang diserahkan pelanggan disebabkan harga terlalu rendah serta ilmu terlalu sedikit.

Akhirnya mereka yang terpalit ialah freelance atau developer yang sejati serius “mencari makan” dalam industri ini serta menjadikannya kerjaya tetap dan sepenuh masa.

Dalam hubungan ini, apa yang diusahakan Muhammad Edwin Masripan dan dikongsikan di KKWP banyak membantu freelance serta developer WordPress tempatan dalam menentukan harga atau caj untuk pelanggan.

kkwp, ini.my, tulis, artikel, konten
kkwp, wordpress, rohaizad
Muhammad Edwin Masripan 

Seperti yang dicatatkannya di dalam perkongsian di KKWP itu, ia adalah satu rujukan bagi harga servis bina atau bangunkan laman web.

“Ini reference harga servis website. Kalau nak jual lagi mahal, lagi bagus,” catat beliau pada perkongsian terbabit.

Perincian rujukan harga bina laman web itu dapat dilihat di sini.

Ahli KKWP, Muhamad Fadlishah B Rusli  yang respons terhadap perkongsian berkenaan menulis:

“Kalau semua boleh bersatu hati ikut guideline ni pun dh (dah) cantik. Tkdalah (tidak adalah) nanti jumpa iklan “Mula bina website anda hari ini dengan serendah RM3”.

Perkongsian berkenaan dapat dibaca di sini. – kkwp.my

Baca juga:  Ini antara beberapa theme paling "smart" dan mudah untuk kedai online WooCommerce

Imej: mrpipeline.com

kkwp, ini.my, tulis, artikel, konten
Kongsi | Share
Nur Din
Nur Din

Usahawan Internet dan penulis sepenuh masa. Lagi info di INI.my dan di sini . Ikuti beliau di Facebook.com

Articles: 21

Langgan artikel & direktori percuma

WordPress, ecommerce serta berkaitan.